Friday, December 31, 2010

selamat tahun baru 2011


Hello geng apa cerita?dah masuk 2011 skrg..pejam celik dah 2011 beb..rase mcm kejap je mase berlalu..mcm tu juga kami..rase mcm baru jumpa smlm je..padahal dari tahun 2009 lagi..hehehe..ok beb malas nk panjang cerita..nanti korang bosan..kami aroy,amir,syed,jojet dan wandek serta dari belakang tabir ingin mengucapkan selamat tahun baru pada semua yang sentiasa mengikuti blog kami..terima kasih juga kami ucapkan kerana banyak memberi komen sebagai pembakar semangat dan sentiasa follow up blog kami..terima kasih geng..harapan kami 2011 nanti harap kami akan lebih maju dari sebelum ini..insyaallah..amin.....harap korang gak akan terus maju di tahun baru nanti..oke geng..peace!

Sunday, December 5, 2010

Leyana

Siapakah LEYANA?
haha..tiada siapa..ini adalah sebuah lagu baru kami yang di beri tajuk LEYANA..seorang gadis yang berada di alam imaginasi si penulis lirik..

lirik by Amir
song and all edited by Nite Frekuensi

hey gadis manja
senyuman mu mempersona
bisa membuatku terleka
memandang mu...

hey gadis manja
tingkah mu yang ceria
ku telah jatuh cinta
kepada mu...

hey leyana
kau gadis impian dunia
kau lah satu dalam berjuta...

hey leyana
dapatkah ku bersama mu
menjalani hari hari indah ku...

diam bukan maknanya hilang

hello geng...selamat pagi,petang dan malam..lama sudah kesunyian blog kami..kami tidak hilang mahupun bubar..kami masih ada dan terus..projek terbaru?mengikut perancangan tahun ini..kami hanya mampu practice di rumah masing-masing disebabkan kesemuanya busy dengan kerja yang tiada henti..tetapi perhubungan tetap erat dan saling contact untuk meneruskan misi kami..sekarang dalam proses menghasilkan lagu-lagu dengan mood yang agak berbeza dengan DEMO yang sebelum ini..insyaallah kami akan cuba comeback dengan mood yang lebih rancak sedikit..terima kasih juga kepada sesiapa yang sudah mendengar demo kami sebelum ini dan terima kasih juga kerana memberi feedback yang berguna untuk kami terus maju..mengikut perancangan kami akan cuba menghasilkan EP pertama tahun depan insyaallah....bulan berapa?tidak tahu lagi sebab kami cuba mencari masa yang sesuai..kami tidak mengejar glamour tapi ingin mencapai kepuasan dengan apa yang kami minat..harap korang dapat support kami yang baru nak naik ini..support for our local act geng..ok doakan kejayaan kami..amin :)